iqra`

Just another WordPress.com weblog

Halal Hub Malaysia

Sejarah membuktikan bahawa Malaysia tidak banyak mengeluarkan produk-produk makanan. 95% pengeluar produk makanan adalah dari syarikat bukan malayu dan hanya 5% pengeluar produk makanan dari kalangan orang melayu yang beragama islam. Walaupun pemantauan dibuat terhadap semua produk makanan oleh badan-badan kerajaan dan NGO ,tetapi masalah yang membabitkan makanan halal ini sering timbul,dek kerana percambahannya pengeluar-pengeluar produk makanan hasil daripada peningkatan permintaan dikalangan pengguna.

Saya pasti anda sekalian amat menggemari makanan-makanan seperti mayonis,yogurt,marjerin,dan keju bukan? Untuk pengetahuan anda, makanan-makanan seperti ini yang mempunyai banyak kandungan gelatin.Apakah itu gelatin?gelatin ialah kandungan dalam bahan makanan yang terdiri daripada estrak tulang tisu dan organ binatang. Masalah berlaku apabila binatang yang digunakan dalam penghasilan gelatin ini ialah daripada babi. Babi manjadi pilihan utama syarikat-syarikat makanan kerana babi merupakan binatang yang sangat produktif berbanding dengan binatang lain,seterusnya akan menggurangkan kos bahan untuk menghasilkan gelatin. Antara kes penggunaan bahan-bahan yang bukan halal di dalam industri makanan dan barang kegunaan harian ialah,rambut digunakan dalam penghasilan roti,bulu babi digunakan untuk membuat berus,organ musang digunakan dalam membuat barangan kosmetik dan banyak lagi.

294px-materials_used_in_gelatin_productionsvg

180px-kapsel_beredningsform

capsul diperbuat dari gelatin

Dalam memupuk sikap teliti dalam memilih makanan,tahukah anda apakah yang yang dimaksudkan dengan kalimah halal? Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan mengikut hukum syarak. Untuk memastikan pengguna tidak lagi was-was dalam memilih makanan,pihak kerajaan iaitu Jakim dan bukan kerajaan seperti persatuan pengguna di setiap negeri telah banyak membuat pemantauan di setiap kilang-kilang pengeluar produk makanan. Hal ini kerana,tidak mudah untuk kilang-kilang pengeluar produk makanan untuk mendapatkan logo halal. Antara yang diteliti oleh pihak Jakim terhadap sesuatu kilang atau premis untuk mendapat pensijilan halal ialah anihalalhijauperalatan,kebersihan,pembungkusan,sanitasi dan pemerosesan. Forum-forum mengenai makanan halal juga banyak dianjurkan oleh jakim dan badan-badan bukan kerajaan. Selain itu,banyak buku-buku dan risalah dijual dan diedarkan untuk memupuk kesedaran terhadap pentingnya memilih makanan yang halal. Ekspo halal juga merupakan satu altenatif bagi memberi kesedaran kepada para pengguna bahawa kini, terdapat banyak pengeluar-pengeluar produk halal dikalangan orang islam kerana kebiasaannya,ekspo ini disertai oleh pengeluaar produk industri kecil dan sederhana(IKS). Langkah-langkah yang saya nyatakan ini dapat membina keupayaan Malaysia sebagai pusat industri makanan halal dunia.

Peranan individu,pengusaha gerai dan pengeluar produk adalah merealisasikan matlamat Malaysia untuk mewujudkan Halal Hub. Umat islam perlu lebih berhati-hati dan bijak memilih setiap barangan yang hendak dibeli. Selain itu,Setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal dikehendaki mempunyai para pekerja yang terlatih dan memahami Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan dikehendaki mengikuti latihan pensijilan halal. Pemegang Sijil Pengesahan Halal perlu mematuhi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan undang-undang berkaitan termasuk memahami isu-isu halal terkini. Jika langkah-langkah ini dituruti,saya yakin Malaysia dapat menjadi halal hub dunia.

Peribahasa barat ada mengatakan’kita adalah apa yang kita makan’.Kesimpulanya,Malaysia dapat menjadi pusat industri makanan halal dunia jika setiap umat islam di Negara kita mempunyai peranan dan kesedaran tentang pentingnya manggunakan barangan halal,baik sahaja dalam masakan atau kehunaan harian yang lain. Selain itu, makanan yang halal dapat menjaga kualiti umat islam yang unggul berteraskan al-quran dan as-sunnah.

Februari 3, 2009 - Posted by | Uncategorized

Tiada komen.

Tinggalkan komen