iqra`

Just another WordPress.com weblog

“POWER RANGERS” go-go power rangers….

Mama…mcm maner pelangi leh terjadi?mcm maner pelangi bleh kuar byak warna?

Mama…kenapa makan guna tangan kanan?basuh taik guna tangan kiri?

mama…mcm maner pompuan leh mengandung? Anak kaluar ikut mane?

lalu mama akupun menjawab  ”nanti dah besar2 nanti di tau la..”

aku sesekali tidak puas dengan jawapan yg diberikan,lantas aku membuat kesimpulan yg  pompuan boleh mengandung apabila tersentuh tangan lelaki ketika berkahwin..dan anak yg dilahirkan keluar ikut punggung.

Inilah antara persoaln2 yang bermain difikirankuyang masihku ingat sewaktu kecil.

zaman kanak-kanak,adalah tempoh masa untuk mematangkan fikiran. Kerana itulah kanak2 banyak berfikir. Kadangkala aku malu dengan zaman kanak2ku,kerana zaman kanak2 lebih banyak berfikir daripada zaman remaja.

budak-budak amat obses  dengan benda2 yg disangka hebat di depan mata..bila tengok cerita power rangers,mulalah ada rasa nak jadi seperti power rangers,kadang-kadang mahu jadi yg warna merah,kadang-kadang biru..selepas itu mulalah merungut hendak pistol mcm power rangers..

zaman budakku,aku terlalu obsess dengan Batman. Pada masa itu aku teringin sekali terbang seperti batman,ada kereta seperti batman,ada rumah yg besar dan stylo seperti batman..

pernah sekali, ketika di taman permainan, aku terjun dari tempat tempat permainan kanak2 kerana ingin terbang macam batman..selepas itu rasa sakit,terpaksalah tahan sakit kerana teringat akan batman yg tidak sakit apabila jatuh daripada tingkat tinggi..muka selamba,bajet hebat.

Bila meningkat remaja,aku fikir balik,pelakun-pelakun yg melakonkan watak power rangers,kamen riders  ataupun batman itu adalah dikalangan orang dewasa dan remaja.  Jadi mereka adalah lebih tidak matang daripada  kanak2!!

Tidak dapat dinafikan juga kerana  di zaman remaja inipun ada je rakan2ku dan aku sendiri yang layan citer kamen rider..

Pemikiran zaman kanak2 dipengaruhi juga dengan budaya setempat. Kanak-kanak di Palestin munkin tidak berfikir untuk menjadi power rangers,kerana bagi mereka menjadi seorang pejuang jihab adalah “power rangers”  yang sebenar.

Kerana itulah pihak tentera zionis ingin membunuh dengan membabi-buta terhadap warga Palestin. Mereka percaya bahawa, seorang wanita palestin mampu melahirkan pejuang2 jihad dan seorang kanak2 Palestin mampu mejadi pejuang jihad yang hebat lantas membunuh kaum yahudi. Maka dengan itu sasaran peluru tidak mengenal usia dan jantina.

jihad rangers

jihad rangers

vs

rangers_wallpaper1_1024

Advertisements

Mei 17, 2009 Posted by | aku anak ayah n mak aku | Tinggalkan komen

PAGI YANG SYAHDU

masjid kampung jambu di tengah-tengah bandar taiping catat sejarah apabila pada jam 5 pagi,org ramai sudah berkumpul untuk solat subuh berjemaah

masjid kampung jambu di tengah-tengah bandar taiping catat sejarah apabila pada jam 5 pagi,org ramai sudah berkumpul untuk solat subuh berjemaah. solat subuh pada waktu ini lebih hebat dari solat jumaat dari segi jumlah jemaah yg hadir

orang ramai berbaris untuk masuk ke tandas..ketika ini jammenunujukkan pukul 4.30 pagi

orang ramai berbaris untuk masuk ke tandas..ketika ini jam menunujukkan pukul 4.30 pagi

bersiap sedia untuk berarak!!

bersiap sedia untuk berarak!!

nak dekat sampai dah nih...

nak dekat sampai dah nih...

lautan manusia

lautan manusia

DRS. KHALIL IDHAM LIM     PARIT BUNTAR, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TITI SERONG, PERAK., Malaysia sedang menangkap gambar

DRS. KHALIL IDHAM LIM PARIT BUNTAR, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TITI SERONG, PERAK., Malaysia sedang menangkap gambar

eh! kenape kapal selam tuh terbang???

eh! kenape kapal selam tuh terbang???

dianggarkan lebih 30ribu org

dianggarkan lebih 30ribu org

pandangan dari atas bukit

pandangan dari atas bukit

pada ketika ini org ramai menjerit .."rasuah!rasuah!rasuah!....rasuah!"

pada ketika ini org ramai menjerit .."rasuah!rasuah!rasuah!....rasuah!"

*maaf,kualiti gambar tidak memuaskan

Mei 4, 2009 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

nenek tua dan Polis bantuan

Tempat: stesen bas butterworth

Cuaca: panas

Masa : 1.00p.m

Sampai sahaja aku di stesen bus butterworth,aku terus membeli tiket untuk ke destinasi seterusnya. Ramai orang di stesen bas ini,maklumlah hari ini hari cuti sekolah. Ternampak aku kerusi yang kosong,lantas aku terus duduk dan membaca buku yang baru sahaja aku beli. Aku menjadi tidak selesa kerana aku duduk di hadapan perempuan. “Segan la pulak..”. lalu aku terus mencari kerusi lain ,aku ternampak ada kerusi yang kosong tetapi ada seorang nenek di situ. Aku dapati baju nenek itu sangat lusuh,kainnya berwarna hijau muda. Timbul persoalan dalam fikiran,siapa nenek ini?nampak seperti pengemis..lalu aku terus duduk di sebelah nenek itu dan teruskan pembacaan.


Tidak beberapa lama nenek tua itu menghampiriku. Aku mula cemas! Nenek itu berkata kepadaku. “cucu,makcik nih orang susah..suami dah meninggal..makcik duduk kat Kelantan..xda duit nak balik..harga tiket mahal.. anak2 sume x ambil tahu pasal makcik..” aku terus menderma sebanyak 2 ringgit kepada nenek itu. “trima kaseh nak..” Disebabkan sakit kaki,nenek itu jalan dengan perlahan2 meninggalkan aku. Aku mendapati dia pergi kepada orang yang duduk di belakangku untuk meminta sedikit wang dan seterusnya kepada orang-orang yang lain. aku teruskan pembacaan selepas itu.


Dalam hati kecil,amat bersimpati dengan nesib yang menimpa nenek itu. Tiba-tiba ada seorang wanita membawa nenek itu duduk disebelahku kembali. “Nenek duduk cni..nanti saya belikan tiket untuk nenek.,jangan pergi mane2,nenek tu sakit..” kata wanita itu. Tidak beberapa lama kemudian dating 2 orang polis bantuan bersama wanita itu. “Makcik..jom ikut saya pergi ke balai polis..saya nak hubungi mana2 waris makcik untuk bawa makcik balik…” kata polis bantuan itu.


Namun nenek itu berdegil untuk tidak mahu mengikut ajakan polis bantuan itu. Selepas dipujuk beberapa kali oleh polis bantuan itu,barulah nenek itu bersetuju untuk mengikut mereka ke balai polis. Pada waktu itu,tempat dudukku menjadi perhatian,tatkala kawasan kejadian adalah bersebelahan denganku. `eh! Bus nak sampai dah nih..baik aku tunggu kat depan gerai goreng pisang”.


Persoalanya, mengapa masih ada lagi orang yang seperti nenek ini sedangkan,banyak badan-badan seperti baitul mal,jabatan kebajikan dan sebagainya di Malaysia kini??hermmmm…..

seorang daripda polis bantuan yg sedang memujuk nenek tersebut

seorang daripda polis bantuan yg sedang memujuk nenek tersebut

"makcik,jom kita pegi balai polis..."

"makcik,jom kita pegi balai polis..."

Mac 30, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Komen

Syed Husin Ali :Dua Wajah

Kehidupan ketika di dalam tahanan ISA(international security act) merupakan perkara yang tidak boleh dilupakan oleh individu yang terbabit. Isa sebenarnya diwujudkan semasa kewujudan Malayan Union di Tanah Melayu untuk membanteras komunis. Dan kesan kolonial ini berkekalan sehingga sekarang. Post kali ini akan mengupas sebuah buku yang bertajuk Dua Wajah yang dikarangkan oleh Dr Syed Husin Ali. Beliau sekarang ini merupakan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR). Dua wajah ialah catitan pengalaman Syed Husin Ali yang ditahan hamper 6 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).

Beliau dithan berikutan demonstrasi mahasiswa yang menyokong petani-petani di Baling dan membantah kemiskinan serta kenaikan harga barang pada tahun 1974. Selepas ditahan di Kamunting hamper 2 tahun,beliau diahan pula di tempat yang tidak ketahui selama 6 bulan. Di sana beliau melalui pelbagai penyeksaan semasa disoal siasat. Dua Wajah menarik kerana pengalaman peribadi dikaitkan dengan beberapa latar belakang sosial dan politik pada masa itu.

duawajah

Mac 11, 2009 Posted by | isu semasa | Tinggalkan komen

Catitan Kehidupan Pelayar Tajaan MISC.

Baru-baru ini aku berjumpa dengan sahabat lama,yang kini sedang menjalani praktikal. Dia merupakan seorang perintis engineer perkapalan di bawah tajaan MiSC. Banyak perkara mengenai seorang pelayar diceritakan kepada aku. Kisah seorang pelayar, akanku kongsikan bersama pada post kali ini:

· Waktu kerja setiap hari ialah pada pukul 8a.m hingga 12 pm. Selepas itu sambung shif pada pukul 8mlm sampai 12 malam.

· Dibaling kasut oleh senior kerana melakukan kesalahan ketika mengendalikan mesin adalah perkara biasa bagi seorang perintis engineer.

· Kerja di bwh kapal amat tidak kondusif kerana bunyi yang sangat bising.setiap pekerja perlu memakai pelindung telinga untuk keselamatan. Namun,pendedahan yang terlalu lama terhadap bunyi bising, tetap juga merosakkan telinga walaupun sudah memakai pelindung.

· Sampai di Indonesia,ramai pelacur-pelacur sudahpun menunggu di jeti dengan melambai-lambai tangan dengan tujuan untuk menarik minat anak-anak kapal. Ramai juga anak-anak kapal yang melanggannya walaupun beragama islam!!

· Sampai di Sri Lanka , semasa di tempat imegresen,dia telah diperiksa oleh seorang penguatkuasa tempatan,selesai diperiksa,penguatkuasa tersebut meminta sejumlah barang sebagai syarat(bukan bertulis) untuk memasuki kota raya Sri Lanka. Penguatkuasa itu ternampak camera digital yang rakanku bawa bersama,lalu meminta camera tersebut sebagai syarat. Namun rakanku bertegas dengan tidak memberi camera tersebut,lantas menukarnya dengan sejumlah biskut dan makanan. Dalam kes yang lebih buruk,ada anak kapal yang diugut dengan pisau oleh orang tempatan Sri Lanka untuk merompak sejumlah wang.

· Ramai anak-anak kapal MiSC bukan dari rakyat Malaysia. Malahan kapten kapal yang rakanku naik itu berasal dari Pakistan.

· Sampai di Pakistan dan Irag dia dan rakan-rakan lain tidak dibenarkan turun atas sebab2 keselamatan.

· Paling seronok,Gaji sebulan untuk perintis adalah RM800 sedangkan segala makan minum serta penginapan ditanggung MISC.

Belayar selama 1 bulan merupakan satu tempoh yang lama. Tanpa prinsip istiqamah,kemungkinan ramai pelayar yang mengalah dengan kerja mereka. Rakanku sendiri tidak yakin boleh belayar sehingga 30 tahun akan datang. Tanpa peganggan agama yang kuat,seorang pelayar yang beragama Islam,sangat senang untuk terjerumus dalam maksiat. Post ini bukan bertujuan untuk melemahkan semangat para belia muda untuk menceburi bidang pelayaran,tetapi sekadar catitan ringkas fakta yang boleh kita ambil iktibar dan melakukan persediaan jika kita kearahnya..

*sila perbetul fakta yang salah.

Mac 8, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Komen

“The Gomez Incident”

In late 1992, two separate assault cases by the Sultan himself as well as his younger son, Tunku Abdul Majid Idris on hockey coaches culminated in the stripping of immunity of rulers from prosecution. Both cases received considerable headlines in the local and international news which was aptly dubbed as “The Gomez Incident”. The incident was kicked off on 10 July 1992, when Sultan Iskandar’s second son, the Tunku Bendahara–Tunku Abdul Majid Idris lost his temper during a hockey match with the Perak hockey team after Perak won the match by a penalty stroke, and assaulted the Perak goalkeeper, Mohamed Jaafar Mohamed Vello. The goalkeeper later lodged a police report on 30 July. The incident received public attention, especially when the matter was debated in parliament. The incident resulted in the Malaysian Hockey Federation issuing Tunku Majid, (then second-in line to the throne after his elder brother) facing a ban of five years from participating in any tournaments following investigations. Tunku Majid was later convicted of assault in January 1993, of which the chief justice sentenced him to a year in prison, on top of a RM 2000 fine. He was released on a bail, and these charges were later dropped on grounds of immunity, which was still applicable at the time when the act was committed.

The Sultan responded to the ban by putting pressure on the state authorities to enforce isolation of the Johor hockey teams from all national tournaments. In November 1992, Douglas Gomez, a coach for the Maktab Sultan Abu Bakar field hockey team, expressed his displeasure of being called to withdraw from a semi-final national hockey match by the Director of the Johor Education Department. The incident attracted the attention of the Sultan, who personally summoned Gomez to his palace, Istana Bukit Serene, where he was promptly reprimanded and assaulted by the Sultan. Following Gomez’s meeting with the Sultan, Gomez sought treatment to his face and stomach. Subsequently, he lodged a police report against the Sultan for assault. Gomez elaborated that the Sultan bodyguards, members of the Johor Military Force personnel, were merely onlookers, and that the Sultan was solely responsible for the his injuries.

*Kes ini menyebabkan Sultan pada masa sekarang ini boleh dikenakan saman, seperti yang dilakukan oleh Karpal Sigh yang ingin menyaman sultan Perak..

Mac 1, 2009 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

otak dan nafsu

Peradaban manusia semakin berkembang dari masa ke masa dari keadaan yang susah kepada senang. Kemajuan teknologi memainkan peranan utama dalam transformasi sebuah peradaban yang maju kini. Kemajuan peradaban berlandaskan teknologi tidak dapat dikecapi jika fungsi utama otak manusia tidak digunakan secara maksima dan secara positif.Otak manusia yang diciptakan Allah perlu mengambil alih tugas nafsu. peranan nafsu sangat unik sehinggakan peranan otak itu sendiri disalah guna dengan mencipta unsur-unsur gejala sosial yang kian meruncing dikalangan umat islam. Namun,umat islam sepatutnya berasa bersyukur kerana dikurniakan Al-Quran dan As-sunnah untuk menjadi panduan kehidupan seharian.
Alhamdulillah..
*aku seorang hamba Allah yang hina.

Februari 13, 2009 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Bahasa Istana

Ramai masyarakat kita tidak tahu akan ungkapan istana.stakat yang kita tahu ialah kata ganti diri untuk pembesar seperti beta,patik,baginda. Seharusnya kita perlu mengetahui ungkapan2 istana yang lain agar ungkapan2 ini tidak disalah anggap.

Baru2 ini DS ir Nizar telah menggunakan ungkapan “patik mohon derhaka” .Ungkapan ini telah disalah tafsir oleh banyak pihak terutamanya media yang dimanupulasikan oleh pihak kerajaan. “patik mohon derhaka” ialah bahasa istana,dan sebagai masyarakat yang  bernaung di bawah payung Sultan,kita semestinya tahu akan ungkapan-ungkapan ini dan tidak semberono untuk mengkritik.

1002200910621 gambar ehsan:  http://idhamlim.blogspot.com/

Setelah undang2 tubuh kerajaan dicabul kerajaan,DS ir Nizar hanya mempunyai satu sahaja peluang untuk membubarkan DUN iaitu dengan merayu kepada sultan Perak. Membubarkan DUN  adalah satu tindakan yang tepat dan sebagai MB,ir Nizar perlu memlakukannya agar keputusan berpihak kepada rakyat dan keputusan ini juga akan melindungi kuasa sultan daripada digunukan oleh pihak2 kerajaan.

p/s: smoga roh Allahyarham Hj.Roslan Sharum(MP Bukit Gantang) dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.

Februari 10, 2009 Posted by | isu semasa | Tinggalkan komen

YAB MB NIZAR sembah derhaka

semua yang berlaku di kerajaan Perak kini ada hikmahnya..kadang-kadang aku rasa sgt sedih dengan nasib yang menimpa YAB MB Nizar..tapi aku cukup kagum dengan kecekalan hati YAB Nizar sendiri yang tidak lari dari asas perjuangan..aku teringat lagi kata-kata Anwar Ibrahim sewaktu di Bota,sempena menyambut adun Bota yang kononya berhijrah..”lepas kita kena tahan,kita mesti bangun dan lawan!lepas kita di gari dan dipukul,kita mesti bangun dan lawan!lepas kita dibogelkan,kita bangun dan lawan!”..begitu cekal sungguh perjuangan seorang pemimpin yang betul-betul ingin mengakkan keadilan..bukannya seperti Adun pembangkang dari changkat jering dan behrang yang seperti menjilat tahi Najib..aku yakin rata-rata rakyat Perak ingin Pakatan Rakyat untuk memerintah..ini terbukti apabila setiap kali ceramah pembangkang diadakan,berduyun-duyun rakyat Perak yang datang..aku sendiri daripada Ipoh,sanggup pergi ke Bota dengan menaiki motor semata-mata ingin dengar ucapan daripada pemimpin pakatan rakyat..kini,nasib kerajaan pakatan rakyat Perak seperti retak menunggu belah..MB Nizar pertahankan tidak akan letak jawatan dan bertegas minta bubar DUN, bagi rakyat buat ..sama-samalah kita berdoa agar kerajaan pakatan rakyat Perak tidak tumbang..

tugas1

Februari 5, 2009 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Halal Hub Malaysia

Sejarah membuktikan bahawa Malaysia tidak banyak mengeluarkan produk-produk makanan. 95% pengeluar produk makanan adalah dari syarikat bukan malayu dan hanya 5% pengeluar produk makanan dari kalangan orang melayu yang beragama islam. Walaupun pemantauan dibuat terhadap semua produk makanan oleh badan-badan kerajaan dan NGO ,tetapi masalah yang membabitkan makanan halal ini sering timbul,dek kerana percambahannya pengeluar-pengeluar produk makanan hasil daripada peningkatan permintaan dikalangan pengguna.

Saya pasti anda sekalian amat menggemari makanan-makanan seperti mayonis,yogurt,marjerin,dan keju bukan? Untuk pengetahuan anda, makanan-makanan seperti ini yang mempunyai banyak kandungan gelatin.Apakah itu gelatin?gelatin ialah kandungan dalam bahan makanan yang terdiri daripada estrak tulang tisu dan organ binatang. Masalah berlaku apabila binatang yang digunakan dalam penghasilan gelatin ini ialah daripada babi. Babi manjadi pilihan utama syarikat-syarikat makanan kerana babi merupakan binatang yang sangat produktif berbanding dengan binatang lain,seterusnya akan menggurangkan kos bahan untuk menghasilkan gelatin. Antara kes penggunaan bahan-bahan yang bukan halal di dalam industri makanan dan barang kegunaan harian ialah,rambut digunakan dalam penghasilan roti,bulu babi digunakan untuk membuat berus,organ musang digunakan dalam membuat barangan kosmetik dan banyak lagi.

294px-materials_used_in_gelatin_productionsvg

180px-kapsel_beredningsform

capsul diperbuat dari gelatin

Dalam memupuk sikap teliti dalam memilih makanan,tahukah anda apakah yang yang dimaksudkan dengan kalimah halal? Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan mengikut hukum syarak. Untuk memastikan pengguna tidak lagi was-was dalam memilih makanan,pihak kerajaan iaitu Jakim dan bukan kerajaan seperti persatuan pengguna di setiap negeri telah banyak membuat pemantauan di setiap kilang-kilang pengeluar produk makanan. Hal ini kerana,tidak mudah untuk kilang-kilang pengeluar produk makanan untuk mendapatkan logo halal. Antara yang diteliti oleh pihak Jakim terhadap sesuatu kilang atau premis untuk mendapat pensijilan halal ialah anihalalhijauperalatan,kebersihan,pembungkusan,sanitasi dan pemerosesan. Forum-forum mengenai makanan halal juga banyak dianjurkan oleh jakim dan badan-badan bukan kerajaan. Selain itu,banyak buku-buku dan risalah dijual dan diedarkan untuk memupuk kesedaran terhadap pentingnya memilih makanan yang halal. Ekspo halal juga merupakan satu altenatif bagi memberi kesedaran kepada para pengguna bahawa kini, terdapat banyak pengeluar-pengeluar produk halal dikalangan orang islam kerana kebiasaannya,ekspo ini disertai oleh pengeluaar produk industri kecil dan sederhana(IKS). Langkah-langkah yang saya nyatakan ini dapat membina keupayaan Malaysia sebagai pusat industri makanan halal dunia.

Peranan individu,pengusaha gerai dan pengeluar produk adalah merealisasikan matlamat Malaysia untuk mewujudkan Halal Hub. Umat islam perlu lebih berhati-hati dan bijak memilih setiap barangan yang hendak dibeli. Selain itu,Setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal dikehendaki mempunyai para pekerja yang terlatih dan memahami Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan dikehendaki mengikuti latihan pensijilan halal. Pemegang Sijil Pengesahan Halal perlu mematuhi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan undang-undang berkaitan termasuk memahami isu-isu halal terkini. Jika langkah-langkah ini dituruti,saya yakin Malaysia dapat menjadi halal hub dunia.

Peribahasa barat ada mengatakan’kita adalah apa yang kita makan’.Kesimpulanya,Malaysia dapat menjadi pusat industri makanan halal dunia jika setiap umat islam di Negara kita mempunyai peranan dan kesedaran tentang pentingnya manggunakan barangan halal,baik sahaja dalam masakan atau kehunaan harian yang lain. Selain itu, makanan yang halal dapat menjaga kualiti umat islam yang unggul berteraskan al-quran dan as-sunnah.

Februari 3, 2009 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen